Kelayakan Menjadi Ahli Bersekutu Dalam Kewangan Islam

AQIF Bahasa Melayu direka khusus untuk memenuhi keperluan dan standard industri yang lebih meluas dan merangkumi semua lapisan masyarakat. AQIF dibangunkan untuk melengkapkan dan membantu pengamal industri dalam meningkatkan kecekapan, kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang Kewangan Islam.

Direka untuk semua peringkat pengamal industri. Setiap modul bertujuan untuk menyampaikan apa yang diperlukan oleh pengamal Kewangan Islam –yang merangkumi pengetahuan tentang asas dan falsafah Kewangan Islam serta aplikasinya dalam operasi Kewangan Islam. Selepas selesai mengikuti AQIF, calon-calon boleh meneruskan ke peringkat kelayakan yang lebih tinggi iaitu Kelayakan Yang Diperaku dalam Kewangan Islam (CQIF) dengan pengkhususan sama ada dalam Perbankan, Takaful atauPasaran Modal.

Objektif Pembelajaran

Ada keupayaan dan kecekapan untuk:

  1. Mengenal pasti dan mengaplikasikan asas-asas Shariah yang berkaitan dengan kontrak dalam operasi dan urus niaga berkaitan produk.
  2. Menganalisa mekasnisma dalam pelbagai struktur Kewangan Islam.
  3. Membezakan antara produk dan operasi kewangan konventional dan kewangan Islam.

Model Pembelajaran

  1. Pembelajaran secara bersemuka
  2. Pembelajaran secara atas talian/e-pembelajaran
  3. Pembelajaran hibrid (Untuk latihan dalaman, hubungi kami untuk maklumat lanjut)

Akses atas Talian

12 bulan (1 tahun)

Hubungi: training@ibfim.com

Muat Turun Risalah : Klik sini-> AQIF (BM)


HRDC Logo-01

M1: Falsafah dan Asas Syariah dalam Kewangan Islam 

Modul ini memberikan pemahaman yang komprehensif mengenai sumber, tujuan dan falsafah Syariah Islamiyah sebagai asas dalam sistem kewangan Islam. Kursus ini juga akan memberi penekanan terhadap asas dan rukun dalam mengaplikasi undang-undang Islam dalam amalan kewangan Islam.  Asas dan rukun ini menjadi panduan kepada institusi kewangan Islam dalam  mematuhi undang-undang dan prinsip yang telah ditetapkan.

M2: Aplikasi Shariah dalam Kewangan Islam

Modul ini menfokuskan tentang aplikasi dan mekanisme dalam kontrak Syariah yang paling banyak digunakan dalam Kewangan Islam. Dalam pembelajaran ini, peserta akan menilai dan mengguna pelbagai kontrak Syariah dalam penstrukturan produk dan perkhidmatan kewangan Islam.

M3: Etika dalam Kewangan Islam

Modul ini memberikan pengetahuan asas tentang etika dari perspektif Islam serta hubungannya dengan aktiviti Kewangan Islam. Ini berdasarkan kepada prinsip-prinsip Kewangan Islam yang menawarkan kestabilan kewangan global dan standard etika yang tinggi.

M4: Tadbir Urus Kewangan Islam

Modul ini memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang undang-undang dan prinsip-prinsip Islam yang mengawal sistem kewangan Islam. Modul ini juga memberi penekanan  terhadap kepentingan tadbir urus Syariah dalam Kewangan Islam yang selaras dengan garis panduan dan piawaian pengawalseliaan tempatan dan antarabangsa.

M5:  Reka Bentuk dalam Kewangan Islam

Modul ini menekankan tentang komponen-komponen penting dalam reka bentuk Kewangan Islam kontemporari yang terdiri daripada prinsip Syariah yang mendasari, instrumen dan isu-isu yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan Islam.

Khususnya, AQIF adalah sangat bersesuaian dengan semua peringkat pengamal kewangan Islam, profesional, ahli akademik, pengawal selia dan sebagainya, serta syarat minimum SPM Malaysia atau setara yang dikenakan.

Kaedah Peperiksaan:

  • Seratus (100) Pelbagai Soalan Pilihan
  • Masa Peperiksaan adalah Dua Setengah (2 ½) jam
  • Markah Lulus: 60%
Linked
Linked
Linked
Linked